Penhujung (Windows 10) sudah hampir!
Hari ini kami melancarkan "End Of 10" (endof10.org) dan membawa Linux kepada pengguna Windows 10!
Pada 14 Oktober 2025, Microsoft akan menamatkan sokongan untuk Windows 10. Microsoft tidak akan lagi menyediakan kemas kini untuk sistem tersebut dan ini akan menjadikan dianggarkan 200 hingga 400 juta komputer riba dan komputer di seluruh dunia sebagai risiko keselamat serta sisa elektronik yang sangat mencermarkan.
Komputer anda mungkin salah satunya.
Tetapi bagaimana jika anda boleh menjadikan komputer anda sekarang pantas dan selamat semula supaya anda boleh terus menggunakannya? Terdapat alternatif kepada Windows, iaitu sesuatu yang percuma, menerima kemas kini secara tetap dan berfungsi pada hampir semua peranti, daripada kebanyakan telefon pintar dan penghala, hinggalah superkomputer yang meramal cuaca dan robot di Marikh.
Ya, ia adalah Linux. Linux sangat fleksibel dan mudah disesuaikan, dan ia juga boleh berfungsi untuk anda. Linux boleh berjalan lancar pada komputer riba terkini anda mahupun pada mesin berusia 10-20 tahun.
Komputer yang paling murah dan paling mesra alam ialah komputer yang anda sudah miliki.
Memasang sistem pengendalian baharu mungkin kedengaran sukar, tetapi komuniti di sebalik "End of 10" sedia membantu! Di bandar dan kota di seluruh dunia, terdapat individu dan tempat yangbersedia menghulurkan bantuan atau malah memasang Linux untuk anda. Lebih banyak kumpulan pembantu ditambah setiap hari.
Dapatkan bantuan berhampiran anda di laman web kami:
Mengapa saya tidak boleh hanya memindahkan mesin semasa saya ke Windows 11 sahaja?
Because there is a good chance it won't meet the system requirements for Windows 11. There are several reasons for this, but one of the most questionable is that many devices are being rejected for not having a modern security module. From a technical standpoint, that’s hard to justify.
Ironinya, kebetulan pada 14 Oktober juga ialah "Hari E-Sisa Antarabangsa". Selepas itu menyusul pula "Hari Pembaikan Antarabangsa" pada 18 Oktober. Perkara seperti ini memang sukar untuk dipercayai!
But Microsoft really wants Windows 10 users to buy new hardware. In fact, the company has pushed full-screen notifications onto users' screens encouraging them to do just that — even for computers that are able to upgrade to Windows 11. This means manufacturing and transporting hundreds of millions of new devices, and this is perhaps the biggest waste of all. Hardware production alone consumes copious amounts of energy and has a disproportionate carbon footprint, all of which is for absolutely nothing when a working device lands in the bin.
Sebaliknya, apabila anda memilih Linux, anda mendapat segala yang anda perlukan untuk kegunaan harian, dan mesin yang sama boleh berfungsi selama beberapa dekad. Sama ada anda perlu bekerja, menjalankan syarikat, kekal berhubung, atau bersantai, perisian yang disertakan denfan Linux selalunya cantik, pantas, mudah digunakan, dan sentiasa di bawah kawalan anda. Kebanyakan kebimbangan tentang Linux kini sudah lapuk atau tidak berasas dan sistem anda akan kekal selamat selepas tarikh akhir Windows 10 tanpa sebarang kos.
Kempen End Of 10 telah mengenal pasti 5 sebab untuk menaik taraf ke Linux:
- Tanpa Perkakasan Baharu, Tanpa Kos Pelesenan
Komputer riba baharu berharga mahal, tetapi beberapa sistem operasi Linux tersedia secara percuma. Kemas kini perisian juga percuma, selama-lamanya. Sudah tentu, anda boleh menunjukkan sokongan anda melalui sumbangan derma! - Privasi Dipertingkat
Windows datang dengan banyak iklan dan perisian intip. Hal ini memperlahankan komputer anda, membenarkan syarikat-syarikat mengintip anda, dan meningkatkan bil tenaga anda. - Baik Untuk Planet
Pengeluaran sesebuah komputer menyumbang kepada lebih 75% pelepasan karbon sepanjang kitaran hayatnya. Menggunakan peranti yang masih berfungsi untuk tempoh yang lebih lama adalah cara yang sangat berkesan untuk mengurangkan pelepasan. Dengan sistem operasi Linux, anda boleh menggunakan peranti anda dengan lebih lama. - Sokongan Komuniti & Profesional
Terdapat kafe baik pulih tempatan, perkhidmatan profesional dan kedai komputer yang bebas, yang tersedia untuk membantu anda. Anda juga boleh mendapatkan sokongan di forum dalam talian. - Kawalan Pengguna Lebih Baik
Linux memberikan anda empat kebebasan perisian. Anda bebas untuk menggunakan, mempelajari, berkongsi, dan menambah baik program tersebut, selagi mana yang anda inginkan. Andalah yang mengawal peranti anda.
Jika anda seorang pemain permainan, anda mungkin tertanya-tanya: Bolehkah saya masih bermain permainan saya di Linux? Ya, anda boleh, dan ia tidak pernah semudah ini! Ribuan permainan AAA popular kini berjalan lancar di Linux dan, dalam banyak kes, prestasinya sama baik atau lebih baik berbanding di Windows, terutamanya pada perkakasan yang lebih lama.
Terdapat senarai yang semakin berkembang bagi Perisian Percuma & Sumber Terbuka serta organisasi pembaikan yang menyokong kempen ini, termasuk:
- anstiftung
- Associazione LibreItalia
- Computertruhe e.V.
- Debian
- /e/ Foundation
- EU OS
- FOSS United Foundation
- Free Software Foundation Europe
- GNOME Foundation
- iFixit
- Italian Linux Society
- KDE e.V.
- KDE España
- Kubuntu Focus
- Nextcloud
- openSUSE
- Open Source Initiative
- Repair Cafe International
- Right To Repair Europe
- Runder Tisch Reparatur
- Software Freedom Conservancy
- The Document Foundation
- Zorin OS
Kempen End Of 10 bermula pada November 2024 di Persidangan Perisian Percuma Tirol Selatan dan telah menarik ramai penyumbang baharu sejak itu. Kempen ini dimungkinkan oleh sumbangan bersemangat daripada pasukan yang berdedikasi. Ketahui lebih lanjut tentang pasukan di:
And what if you already purchased a new computer with Windows pre-installed but want to install Linux on it instead? If you prefer using Linux or another OS, you still pay for Windows, even if you don’t use it. That’s unfair and often non-transparent. Refund4Freedom is an initiative from the Free Software Foundation Europe that defends consumers' right to choose their operating system and get refunds for unused pre-installed software — especially Microsoft Windows — on new computers. The Refund4Freedom campaign launches 29 May to help users get refunds for software they don't want. The initiative focuses first on the Italian market, but will be extended to other locations in the near future. Learn more here:
Mahu perkakasan masa hadapan membenarkan anda memasang sebarang perisian yang ada mahukan? Lagipun, ia adalah perkakasan anda! Device Neutrality, satu inisiatif daripada Free Software Foundation Europe, bertujuan untuk membolehkan pengguna akhir memintas pengawal akses supaya dapat menggunakan perision tanpa diskriminasi, termasuk Perisian Percuma & Sumber Terubka, pada peranti mereka. Ketahui lebih lanjut di sini: