Akhbar
Penhujung (Windows 10) sudah hampir!
Hari ini kami melancarkan "End Of 10" (endof10.org) dan membawa Linux kepada pengguna Windows 10!
Pada 14 Oktober 2025, Microsoft akan menamatkan sokongan untuk Windows 10. Microsoft tidak akan lagi menyediakan kemas kini untuk sistem tersebut dan ini akan menjadikan dianggarkan 200 hingga 400 juta komputer riba dan komputer di seluruh dunia sebagai risiko keselamat serta sisa elektronik yang sangat mencermarkan.
Komputer anda mungkin salah satunya.
Tetapi bagaimana jika anda boleh menjadikan komputer anda sekarang pantas dan selamat semula supaya anda boleh terus menggunakannya? Terdapat alternatif kepada Windows, iaitu sesuatu yang percuma, menerima kemas kini secara tetap dan berfungsi pada hampir semua peranti, daripada kebanyakan telefon pintar dan penghala, hinggalah superkomputer yang meramal cuaca dan robot di Marikh.