Sumbang
When can I publish our repair café or independent computer shop at endof10.org?
Jika anda menawarkan bantuan Linux, anda boleh menambahkan lokasi anda sekarang juga!
Penerangan tentang maklumat yang kami perlukan untuk tempat dan untuk acara boleh didapati di README repositori Git. Hantarkan maklumat tersebut melalui e-mel ke endo10 [at] lists.posteo.de. Jika anda boleh, bantu kami dengan memberikan maklumat tersebut dalam format JSON.
Jika anda mempunyai kepakaran teknikal, anda juga boleh membuat Merge Request sendiri di repositori laman web End of 10.
Lihat Soalan Lazim (FAQ) untuk mengetahui mengapa kami menyenaraikan organisasi, bukan individu.
Bagaimanakah saya boleh terlibat dengan kempen ini?
Terdapat banyak cara untuk terlibat! Hubungi kami supaya kami boleh menyelaraskan usaha anda dengan usaha kami.
- Hubungi kafe-kafe baik pulih dan kedai-kedai komputer bebas yang menawarkan sokongan Linux dan hubungkan mereka dengan kami
- Anjurkan acara pemasangan atau mulakan Kafe Baik Pulih dan maklumkan kepada kami tentangnya
- Reka bahan untuk pengguna baharu seperti bantuan, bahan promosi, dan lain-lain.
- Edarkan bahan di kafe, kedai, universiti, sekolah di kawasan anda
- Tingkatkan kehadiran kempen dalam talian dengan berkongsi siaran media sosial kami di platform pilihan anda
- Terjemahkan laman web (lebih lanjut di bawah), bahan promosi, dan lain-lain.
- Jadi sukarelawan dengan komuniti FOSS yang menyertai kempen ini (menambah baik dokumentasi, penyahpepijatan perisian, reka bentuk)
- <idea anda>
Platform komunikasi manakah yang digunakan oleh penganjur kempen End Of 10?
Tulis kepada kami di salah satu saluran awam ini, perkenalkan diri anda, dan beritahu kami bagaimana anda ingin terlibat:
- Matrix: https://matrix.to/#/#endof10:kde.org
- Senarai mel: https://lists.posteo.de/listinfo/endof10
Anda juga boleh menemui kami di Fediverse. Hashtag kempen ialah #EndOf10 dan #EO10Challenges.
- Mastodon: https://floss.social/@endof10
Bagaimanakah saya boleh membantu dengan terjemahan laman web endof10.org?
Laman web ini dihoskan oleh KDE dan mengikuti aliran kerja terjemahan yang digunakan untuk semua laman web KDE.
Cari pasukan bahasa anda: https://l10n.kde.org/.
Ketahui tentang prosesnya: https://community.kde.org/Get_Involved/translation