End of 10

Sokongan untuk Windows 10 akan tamat pada 10 Oktober 2025.

Microsoft mahu anda membeli komputer baharu.

Tetapi bagaimana jika anda boleh menjadikan komputer anda pantas dan selamat semula?

PERISIANBAHARU SEGARKOMPUTER LAMAANDA

Jika anda membeli komputer anda selepas tahun 2010, kemungkinan besar tiada sebab untuk membuangnya. Dengan hanya memasang sistem operasi Linux yang terkini, anda boleh terus menggunakannya untuk bertahun-tahun lagi.

Memasang sistem operasi munkin kedengaran sukar, tetapi anda tidak perlu melakukannya seorang diri. Jika bernasib baik, ada orang di kawasan anda yang bersedia untuk membantu!

Cari seseorang untuk membantu anda  →

Install Linux yourself →

Mahukah anda membantu orang lain menyelamatkan komputer mereka selepas Windows 10?

Daftar sebagai kolektif pembaikan  →

5 Sebab untuk menaik taraf komputer lama anda kepada Linux

  1. Tanpa Perkakasan Baharu, Tanpa Kos Pelesenan
    Komputer riba baharu berharga mahal, tetapi beberapa sistem operasi Linux tersedia secara percuma. Kemas kini perisian juga percuma, selama-lamanya. Sudah tentu, anda boleh menunjukkan sokongan anda melalui sumbangan derma!
  2. Privasi Dipertingkat
    Windows datang dengan banyak iklan dan perisian intip. Hal ini memperlahankan komputer anda, membenarkan syarikat-syarikat mengintip anda, dan meningkatkan bil tenaga anda.
  3. Baik Untuk Planet
    Pengeluaran sesebuah komputer menyumbang kepada lebih 75% pelepasan karbon sepanjang kitaran hayatnya. Menggunakan peranti yang masih berfungsi untuk tempoh yang lebih lama adalah cara yang sangat berkesan untuk mengurangkan pelepasan. Dengan sistem operasi Linux, anda boleh menggunakan peranti anda dengan lebih lama.
  4. Sokongan Komuniti & Profesional
    Terdapat kafe baik pulih tempatan, perkhidmatan profesional dan kedai komputer yang bebas, yang tersedia untuk membantu anda. Anda juga boleh mendapatkan sokongan di forum dalam talian.
  5. Kawalan Pengguna Lebih Baik
    Linux memberikan anda empat kebebasan perisian. Anda bebas untuk menggunakan, mempelajari, berkongsi, dan menambah baik program tersebut, selagi mana yang anda inginkan. Andalah yang mengawal peranti anda.

Para Penyokong

Organisasi-organisasi ini (disenaraikan mengikut abjad) telah menyertai kami untuk menyokong kempen ini.

Sudah yakin?

Kalau begitu, cari kafe baik pulih atau kedai komputer bebas yang terdekat, dan nikmati komputer lama anda yang serba baharu!

Baiki komputer lama anda  →